Alhamdulillah, pagi ini program Kursus Penghayatan Solat yang dianjurkan telah dihadiri oleh kira lebih dari 70 orang warga taman.
Kursus yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Hasnan bin Kasan telah memberikan suntiukan baru kepada para jemaah yang hadir dalam usaha untuk meningkatkan kualiti solat yang dikerjakan sekurang-kurangnya 5 kali sehari semalam.
Untuk rujukan dan simpanan anda, softcopy (presentation slide) Kursus Penghayatan Solat ini boleh di DOWNLOAD DI SINI.
Mudah-mudahan anda semua mendapat manfaat dari kuliah yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Dr. Hasnan.
Wassalam.
Mencetus Ilmu Meneraju Kebijaksanaan
Sunday, May 8, 2011
Tuesday, May 3, 2011
Program Kuliah Dhuha
KULIAH DHUHA
Tajuk :Kursus Penghayatan Solat
Penceramah
Ustaz Dr. Hasnan bin Kasan
Tempat
Surau Al-'Abqori, Taman Universiti
Tarikh/Masa
Ahad, 08-Mei-11, jam 9 - 11 pagi
Buku rujukan yang akan digunakan untuk kuliah ini adalah buku "Mari Memahami & Menghayati Bacaan Solat" karya Ustaz Dr. Hasnan sendiri.
Bersama-sama kita meriahkan program kuliah dhuha ini. Mudah-mudahan kita dapat memperbaiki kualiti solat kita dan mudah-mudahan solat kita diterima oleh Allah SWT. Amin.
Bersama-sama kita meriahkan program kuliah dhuha ini. Mudah-mudahan kita dapat memperbaiki kualiti solat kita dan mudah-mudahan solat kita diterima oleh Allah SWT. Amin.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)