Mencetus Ilmu Meneraju Kebijaksanaan

Monday, February 14, 2011

Buktikan Cinta anda kepada Nabi SAW

Assalamualaikum,

Alhamdulilllah, malam ini program kuliah perdana untuk bulan Feb-11 telah berjalan dengan lancar.

Sekalung ucapan terima kasih buat Ustaz Ahmad Dasuki yang telah berkongsi ilmu dengan kita semua berkenaan Maulidur-Rasul. Perkara yang paling penting yang dapat disimpulkan dari kuliah malam ini ialah :

"Bagaimana caranya untuk kita membuktikan cinta kita kepada Rasulullah SAW?"

Berikut adalah cara2 sebagaimana yang telah disarankan oleh para ulamak:


01. Memperbanyakkan SELAWAT keatas baginda SAW.


i) Sebagaimana firman Allah SWT :  

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (Surah Al Ahzab : Ayat 56) 

ii) Berselawat sekurang-kurangnya 100 kali sehari. 

02. Melakukan sunnah Nabi SAW mengikut kemampuan kita.


i) Kita mungkin tidak terdaya untuk melaksanakan semua sunnah Rasul SAW. Walaubagaimanapun, pastikan kita tidak meninggalkan semua sunnah Rasul.

ii) Tuntutlah ilmu berkenaan dengan sunnah-sunnah Rasul dan praktikkannya dalam kehidupan seharian kita. Mulakan dengan sunnah-sunah Rasul yang mudah.
03. Berdamping dengan para alim ulamak.


Ulamak adalah pewaris nabi. Dampingilah mereka yang benar-benar ikhlas dalam ilmu mereka kerana ulamak yang benar sahaja yang mampu membawa kita ke jalan yang Allah redhai.
04. Menziarahi makam Nabi SAW.


Jika anda mempunyai kelapangan harta, kerjakanlah haji atau umrah serta ziarah lah makam Nabi SAW di Madinah.Sesungguhnya orang yang menziarahi makam Nabi dikira sebagai menziarahi Nabi.



Wassalam.

No comments:

Post a Comment