Mencetus Ilmu Meneraju Kebijaksanaan

Saturday, March 9, 2013

Sumbangan Anda DIPERLUKAN !!


Perhatian kepada semua Warga Taman U

Salam Semua,

Dimaklumkan bahawa status kewangan surau kita sudah berada diparas KRITIKAL. Dengan keadaan ini, berkemungkinan besar program kuliah mingguan yang diadakan setiap hari Sabtu & Ahad (termasuk program Kuliah Perdana) mungkin akan terhenti / tidak dapat diteruskan. Status kewangan kini memungkinkan oleh menjalankan program kuliah mingguan sehingga minggu depan (17-Mar-13) sahaja.

Oleh itu, saya bagi pihak jawatankuasa surau ingin memohon jasa baik tuan2 & puan2 semua untuk menghulurkan sumbangan bagi memastikan program2 surau terutamanya program kuliah mingguan dapat diteruskan tanpa sebarang gangguan.

Bersempena dengan program Kuliah Perdana yang akan diadakan pada malam ini, jawatankuasa surau ingin menjalankan kutipan derma / sumbangan bagi memperkasakan kewangan surau.



Kami amat mengharapkan sumbangan anda. Marilah bersama-sama kita menyumbang demi ILMU dan ISLAM. Mudah-mudahan ianya akan menjadi satu amal soleh yang diterima oleh Allah SWT. Amin.

Wassalam.

Admin Surau Al-'Abqori

Thursday, March 7, 2013

Kuliah Perdana - Mac 2013



KULIAH PERDANA


Penceramah
Ustaz Ahmad bin Shadan Al-Hadrami 
(Pengasas Sekolah Rendah Integrasi Darul Muhibbin)
Tempat
Surau Al-'Abqori, Taman Universiti

Tarikh
Sabtu, 09-Mar-13

Masa
Selepas Solat Maghrib


Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan program kuliah perdana ini. Bawak sekali ahli keluarga anda. Mudah-mudahan Allah akan merahmati tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga. Amin.

Wassalam.

Sunday, January 20, 2013

Kuliah Pemantapan Solat

Assalamualaikum,

Syukur kita kehadrat Allah SWT kerana telah memilih kita untuk hadir ke program Kuliah Pemantapan Solat yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Dr. Hasnan bin Kasan pada pagi ini. Alhamdulillah, program ini telah dihadiri oleh lebih dari seratus orang warga taman universiti.

Terima kasih atas sambutan yang sangat menggalakan dari tuan-tuan & puan-puan terhadap program yang telah kami anjurkan ini.

Di sini disertakan "Presentation Slide" dan kitab rujukan (dalam bahasa Arab) yang telah digunakan oleh Al-Fadhil Ustaz pada kuliah dhuha pagi. Sila klik pada gambar atau link dibawah untuk download.



Semoga tuan-tuan dan puan-puan dapat memanfaatkan ilmu yang telah kita perolehi pada hari ini dan terus beristiqomah dalam mempelajari cara-cara solat yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Wassalam.

Admin
Surau Al-'Abqori