Mencetus Ilmu Meneraju Kebijaksanaan

Saturday, February 19, 2011

Gotong-Royong Bersih Surau Lama

Assalamualaikum,

Adalah dimaklumkan bahawa program gotong-royong melupus dan membersihkan bangunan surau lama (bangunan kayu berhampiran kawasan surau Al-'Abqori) akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh : 20-Feb-11 (Ahad)
Masa : 9:00 pagi
Lokasi : Bangunan surau lama


Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amatlah dialu-alukan.

Wassalam.

Monday, February 14, 2011

Buktikan Cinta anda kepada Nabi SAW

Assalamualaikum,

Alhamdulilllah, malam ini program kuliah perdana untuk bulan Feb-11 telah berjalan dengan lancar.

Sekalung ucapan terima kasih buat Ustaz Ahmad Dasuki yang telah berkongsi ilmu dengan kita semua berkenaan Maulidur-Rasul. Perkara yang paling penting yang dapat disimpulkan dari kuliah malam ini ialah :

"Bagaimana caranya untuk kita membuktikan cinta kita kepada Rasulullah SAW?"

Berikut adalah cara2 sebagaimana yang telah disarankan oleh para ulamak:


01. Memperbanyakkan SELAWAT keatas baginda SAW.


i) Sebagaimana firman Allah SWT :  

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (Surah Al Ahzab : Ayat 56) 

ii) Berselawat sekurang-kurangnya 100 kali sehari. 

02. Melakukan sunnah Nabi SAW mengikut kemampuan kita.


i) Kita mungkin tidak terdaya untuk melaksanakan semua sunnah Rasul SAW. Walaubagaimanapun, pastikan kita tidak meninggalkan semua sunnah Rasul.

ii) Tuntutlah ilmu berkenaan dengan sunnah-sunnah Rasul dan praktikkannya dalam kehidupan seharian kita. Mulakan dengan sunnah-sunah Rasul yang mudah.
03. Berdamping dengan para alim ulamak.


Ulamak adalah pewaris nabi. Dampingilah mereka yang benar-benar ikhlas dalam ilmu mereka kerana ulamak yang benar sahaja yang mampu membawa kita ke jalan yang Allah redhai.
04. Menziarahi makam Nabi SAW.


Jika anda mempunyai kelapangan harta, kerjakanlah haji atau umrah serta ziarah lah makam Nabi SAW di Madinah.Sesungguhnya orang yang menziarahi makam Nabi dikira sebagai menziarahi Nabi.



Wassalam.

Sunday, February 13, 2011

Kuliah Khas Maulidur-Rasul 1432H


KULIAH KHAS
MAULIDUR-RASUL

Tajuk : 
Dakwah Rasul SAW 
dan Penghayatannya


Penceramah
Ustaz Luqmanul Hakim Abdul Ghani

Tempat
Surau Al-'Abqori, Taman Universiti

Masa
Isnin, 14-Feb-11, Selepas Solat Maghrib



Bersama-sama kita meriahkan program kuliah khas Maulidur-Rasul ini. Mudah-mudahan kita dipilih oleh Allah untuk sentiasa berada dalam iman dan taqwa kepada-Nya. Amin.

Wassalam.

Tuesday, February 8, 2011

Kuliah Perdana bulan Februari 2011


KULIAH PERDANA
Tajuk : Maulidur-Rasul SAW


Penceramah
Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani

Tempat
Surau Al-'Abqori, Taman Universiti

Masa
Ahad, 13-Feb-11, Selepas Solat Maghrib




Untuk makluman, kutipan DERMA akan diadakan dan tabung derma bergerak akan diedarkan ketika kuliah berlangsung. Oleh itu, marilah kita sama-sama menderma dan menyumbang untuk saham akhirat kita.

Bersama-sama kita meriahkan program kuliah perdana ini. Mudah-mudahan kita dipilih oleh Allah untuk sentiasa berada dalam iman dan taqwa kepada-Nya. Amin.

Wassalam.

Kuliah Pilihan (Minggu Ke-2, Feb-2011)


Oleh : Ustaz Shamsuri Ahmad
Tajuk : Fitnah Akhir Zaman (Bhg.1)



Wednesday, February 2, 2011

Kuliah Pilihan (Minggu Pertama, Feb-2011)


Oleh : Ustaz Azhar Idrus
Tajuk : Soal Jawab Agama




Doa-doa dari Al-Quran - No.3


"Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Surah Al-Baqarah: Ayat 128 (2:128)