Mencetus Ilmu Meneraju Kebijaksanaan

Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Assalamualaikum,

Bersempena denga Syawal yang akan menjelma tak lama lagi, jawatankuasa Surau Al-'Abqori ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan:



Semoga semua berbahagia di hari lebaran. Andai ada silap dan salah, kami pohon jutaan kemaafan. Kami sentiasa menharapkan teguran dari warga taman untuk memperkasakan institusi surau kita. Mudah-mudahan surau kita akan menjadi satu pusat ilmu yang dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.


*berhati-hati dijalan raya, ingatlah orang tersayang.


Wassalam.

Admin,
Surau Al-'Abqori

Wednesday, August 24, 2011

Sorotan Ramadhan 1432H (Tahun 2011)

Muslimin & Muslimat Warga Taman U semua,

Alhamdulillah, termasuk hari ini, sudah 24 hari kita berpuasa. Malam ini kita akan menempuh malam ke 25 Ramadhan. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah mempertingkatkan ibadah ikhlas kerana Allah SWT. Mudah-mudahan kita akan dianugerahkan oleh Allah akan Lailatul Qadar, diampunkan dosa dan seterusnya dibebaskan dari api neraka Allah, insyaAllah.


Alhamdulillah dan sekalung ucapan tahniah kepada semua warga taman yang telah menyumbang untuk dana Ramadhan tahun ini yang untuk kali pertamanya alhamdulillah kita telah berjaya mengumpul dana sebanyak lebih daripada RM21,000 (kutipan sehingga 23-Ogos-11) yang mengjangkau sasaran dana sebanyak RM20,000. Alhamdulillah dengan dana yang diperolehi ini kita telah dapat menyusun program-program khusus bulan ramadhan termasuk:

1. Solat Terawih berjemaah (setiap malam Ramadhan) yang di imamkan oleh 2 orang imam hafiz jemputan iaitu Ustaz Ahmad Mukrim bin Adnan Al-Hafiz dan Ustaz Muhammad Saifullah bin Rosli Al-Hafiz.
2. Tazkirah Ramadhan setiap hari oleh 2 imam terawih, Al-Fadhil Ustaz Asmadi dan 17 penceramah jemputan.
3. Tadarrus Al-Quran (dewasa lelaki, wanita dan remaja)
4. Tahlil Arwah
5. Majlis Berbuka Puasa Mingguan (setiap Sabtu & Ahad, minggu pertama hingga minggu ke-3 Ramadhan)
6. Qiamullail Perdana (setiap Sabtu & Ahad)
7. Majlis Khatam Al-Quran
8. Moreh (setiap malam Ramadhan)
9. Kutipan dana Palestin
10. Kutipan dana Kemboja
11. Kutipan dana pendidikan untuk 2 imam terawih yang bakal menyambung pelajaran ke Mesir dan Jordan.

*klik disini untuk download jadual penuh program Ramadhan 2011

 Dana yang telah dikumpul telah digunakan sepenuhnya untuk menjalan dan menjayakan program-program yang telah dinyatakan diatas.

 

Jawatankuasa Surau Al-'Abqori ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan oleh semua warga taman sama ada yang berbentuk wang ringgit ataupun tenaga. Kami bermohon serta berdoa kepada Allah agar taman kita akan terus ceria dengan program-program ilmiah yang dapat mengeratkan silaturrahim antara semua warga taman dan mudah-mudahan taman kita akan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.


Wassalam.

Admin,
Surau Al-'Abqori