Mencetus Ilmu Meneraju Kebijaksanaan

Sunday, January 20, 2013

Kuliah Pemantapan Solat

Assalamualaikum,

Syukur kita kehadrat Allah SWT kerana telah memilih kita untuk hadir ke program Kuliah Pemantapan Solat yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Dr. Hasnan bin Kasan pada pagi ini. Alhamdulillah, program ini telah dihadiri oleh lebih dari seratus orang warga taman universiti.

Terima kasih atas sambutan yang sangat menggalakan dari tuan-tuan & puan-puan terhadap program yang telah kami anjurkan ini.

Di sini disertakan "Presentation Slide" dan kitab rujukan (dalam bahasa Arab) yang telah digunakan oleh Al-Fadhil Ustaz pada kuliah dhuha pagi. Sila klik pada gambar atau link dibawah untuk download.



Semoga tuan-tuan dan puan-puan dapat memanfaatkan ilmu yang telah kita perolehi pada hari ini dan terus beristiqomah dalam mempelajari cara-cara solat yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Wassalam.

Admin
Surau Al-'Abqori