Mencetus Ilmu Meneraju Kebijaksanaan

Wednesday, August 25, 2010

Ceramah Sempena Nuzul A-Quran


CERAMAH NUZUL AL-QURAN


Penceramah
Ustaz Riduan b Mohd Nor

Tempat
Surau Al-'Abqori, Taman Universiti

Masa
Khamis, 26-Aug-10, Selepas Solat Terawih



Marilah bersama-sama kita meriahkan program ceramah ini. Mudah-mudahan kita dipilih oleh Allah untuk sentiasa berada dalam iman dan taqwa kepada-Nya. Amin.

Wassalam.

Friday, August 20, 2010

Program Tahlil & Berbuka Puasa di Hujung Minggu

Assalamu'alaikum,

Pihak surau ingin mengumumkan bahawa Program Tahlil dan Berbuka Puasa akan diadakan setiap Sabtu & Ahad sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.

Pihak surau mengalu-alukan semua warga taman untuk menaja program ini. Tajaan sebanyak RM300 untuk setiap jamuan berbuka puasa. Tahlil pula akan diketuai oleh Imam/AJK Surau.

Sekiranya anda berhajat untuk menaja Program Tahlil & Berbuka Puasa ini, sila hubungi AJK Surau.

Semoga tuan-tuan dan puan-puan dapat memanfaatkan peluang keemasan dalam bulan yang mulia ini untuk melakukan amal kebajikan sebanyak mungkin.

Mudah-mudahan segala kebajikan yang dilakukan akan diganjari oleh Allah SWT dengan sebaik-baik ganjaran. Amin.

Wassalam.

Saturday, August 14, 2010

Program Tadarus Kanak-Kanak

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini program tadarus kanak-kanak kita telah bermula. Program telah diadakan di surau bermula pada pukul 10pagi hingga 12 tengahari.

Objektif utama program ini adalah:

1. Untuk mengajak anak-anak kita mempelajari dan memantapkan pengetahuan dalam pembacaan Al-Quran.
2. Mengimarahkan surau terutamanya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini dengan amalan kebajikan dan juga sebagai tarbiah kepada anak-anak.


Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada adik-adik yang telah turut serta dalam program tadarus pagi ini. Tidak lupa juga kepada ustaz-ustaz yang membantu untuk menjayakan program ini terutamanya 2 orang ustaz jemputan dari Tahfiz Darul Quran, Kuala Kubu Baru.

Program ini akan diadakan setiap hari Sabtu & Ahad sepanjang bulan Ramadhan kali ini. Semoga ramai lagi adik-adik yang akan turut serta dalam program ini nanti.

Wassalam.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kareem !!

Assalamualaikum,

Ahli Jawatankuasa Surau Al-'Abqori ingin mengucapkan:


SELAMAT MENYAMBUT
BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
DAN
SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA


kepada semua penduduk Taman Universiti, Jalan Cerdik dan Jalan Desa. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita kearah mencapai ketaqwaan kepada Allh SWT.

Semoga doa kita ini dimakbulkan Allah SWT. Amin.

Wassalam.

Sunday, August 8, 2010

Gotong Royong Sempena Menyambut Ramadhan 1431

Assalamu'alaikum,

Penduduk Taman Universiti Jalan Cerdik & Jalan Desa sekelian,

Alhamdulillah, gotong royong di surau Al-'Abqori telah selamat diadakan pada pagi ini. Ramai penduduk taman yang telah hadir bagi memeriahkan aktiviti ini. Terima kasih diucapkan kepada semua. Semoga amalan anda semua diterima oleh Allah SWT dan mudah-mudahan kita semua dapat menempuh bulan Ramadhan nanti dengan jayanya. Amin.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program Gotong Royong Surau sempena kedatangan bulan Ramadhan 1431.

Klik di SINI untuk melihat kesemua gambar gotong royong.

Tuesday, August 3, 2010

Perancangan Kuliah Ramadhan 2010

Assalamualaikum,

Untuk makluman, status jadual kuliah untuk bulan Ramadhan 2010 setakat hari ini adalah seperti dibawah:

No Jenis Kuliah Tarikh Nama Ustaz Confirm?
1 Kuliah Subuh 14-Ogos Ustaz Khairul confirm
2 Kuliah Subuh 15-Ogos Ustaz Zainal confirm
3 Kuliah Subuh 21-Ogos Ustaz Basir  confirm
4 Kuliah Subuh 22-Ogos Ustaz
M Gaddafi
confirm
5 Kuliah PERDANA 26-Ogos Ustaz Riduan M Nor confirm
6 Kuliah Subuh 28-Ogos Ustaz Hasnan confirm
7 Kuliah Subuh 29-Ogos Ustaz Hairul ???
8 Kuliah Maghrib 30-Ogos Ustaz Subki confirm
9 Kuliah Subuh 31-Ogos Ustaz Gaddafi confirm
10 Kuliah Subuh 04-Sept Ustaz Tuan Badrul confirm
11 Kuliah Subuh 05-Sept Ustaz ?? ???


Wassalam