Mencetus Ilmu Meneraju Kebijaksanaan

Wednesday, September 28, 2011

Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Assalamualaikum,

Bersempena denga Syawal yang akan menjelma tak lama lagi, jawatankuasa Surau Al-'Abqori ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan:



Semoga semua berbahagia di hari lebaran. Andai ada silap dan salah, kami pohon jutaan kemaafan. Kami sentiasa menharapkan teguran dari warga taman untuk memperkasakan institusi surau kita. Mudah-mudahan surau kita akan menjadi satu pusat ilmu yang dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.


*berhati-hati dijalan raya, ingatlah orang tersayang.


Wassalam.

Admin,
Surau Al-'Abqori

Wednesday, August 24, 2011

Sorotan Ramadhan 1432H (Tahun 2011)

Muslimin & Muslimat Warga Taman U semua,

Alhamdulillah, termasuk hari ini, sudah 24 hari kita berpuasa. Malam ini kita akan menempuh malam ke 25 Ramadhan. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah mempertingkatkan ibadah ikhlas kerana Allah SWT. Mudah-mudahan kita akan dianugerahkan oleh Allah akan Lailatul Qadar, diampunkan dosa dan seterusnya dibebaskan dari api neraka Allah, insyaAllah.


Alhamdulillah dan sekalung ucapan tahniah kepada semua warga taman yang telah menyumbang untuk dana Ramadhan tahun ini yang untuk kali pertamanya alhamdulillah kita telah berjaya mengumpul dana sebanyak lebih daripada RM21,000 (kutipan sehingga 23-Ogos-11) yang mengjangkau sasaran dana sebanyak RM20,000. Alhamdulillah dengan dana yang diperolehi ini kita telah dapat menyusun program-program khusus bulan ramadhan termasuk:

1. Solat Terawih berjemaah (setiap malam Ramadhan) yang di imamkan oleh 2 orang imam hafiz jemputan iaitu Ustaz Ahmad Mukrim bin Adnan Al-Hafiz dan Ustaz Muhammad Saifullah bin Rosli Al-Hafiz.
2. Tazkirah Ramadhan setiap hari oleh 2 imam terawih, Al-Fadhil Ustaz Asmadi dan 17 penceramah jemputan.
3. Tadarrus Al-Quran (dewasa lelaki, wanita dan remaja)
4. Tahlil Arwah
5. Majlis Berbuka Puasa Mingguan (setiap Sabtu & Ahad, minggu pertama hingga minggu ke-3 Ramadhan)
6. Qiamullail Perdana (setiap Sabtu & Ahad)
7. Majlis Khatam Al-Quran
8. Moreh (setiap malam Ramadhan)
9. Kutipan dana Palestin
10. Kutipan dana Kemboja
11. Kutipan dana pendidikan untuk 2 imam terawih yang bakal menyambung pelajaran ke Mesir dan Jordan.

*klik disini untuk download jadual penuh program Ramadhan 2011

 Dana yang telah dikumpul telah digunakan sepenuhnya untuk menjalan dan menjayakan program-program yang telah dinyatakan diatas.

 

Jawatankuasa Surau Al-'Abqori ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan oleh semua warga taman sama ada yang berbentuk wang ringgit ataupun tenaga. Kami bermohon serta berdoa kepada Allah agar taman kita akan terus ceria dengan program-program ilmiah yang dapat mengeratkan silaturrahim antara semua warga taman dan mudah-mudahan taman kita akan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.


Wassalam.

Admin,
Surau Al-'Abqori

Wednesday, June 29, 2011

Kuliah Perdana Bulan Julai 2011


KULIAH PERDANA

Tajuk
Isra' dan Mi'raj


Penceramah
Ustaz Hazarudin bin Baharudin
(dari Jabatan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI)

Tempat
Surau Al-'Abqori, Taman Universiti

Masa
Ahad, 03-Jul-11, Selepas Solat Maghrib





Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan program kuliah perdana ini. Mudah-mudahan kita akan dapat manfaat dan rahmat daripada Allah SWT. Amin.

Wassalam.

Sunday, May 8, 2011

Sekitar Kursus Penghayatan Solat

Alhamdulillah, pagi ini program Kursus Penghayatan Solat yang dianjurkan telah dihadiri oleh kira lebih dari 70 orang warga taman.





Kursus yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Hasnan bin Kasan telah memberikan suntiukan baru kepada para jemaah yang hadir dalam usaha untuk meningkatkan kualiti solat yang dikerjakan sekurang-kurangnya 5 kali  sehari semalam.


Untuk rujukan dan simpanan anda, softcopy (presentation slide) Kursus Penghayatan Solat ini boleh di DOWNLOAD DI SINI.

Mudah-mudahan anda semua mendapat manfaat dari kuliah yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Dr. Hasnan.

Wassalam.

Tuesday, May 3, 2011

Program Kuliah Dhuha


KULIAH DHUHA
Tajuk :Kursus Penghayatan Solat

Penceramah
Ustaz Dr. Hasnan bin Kasan

Tempat
Surau Al-'Abqori, Taman Universiti

Tarikh/Masa
Ahad, 08-Mei-11, jam 9 - 11 pagi



Buku rujukan yang akan digunakan untuk kuliah ini adalah buku "Mari Memahami & Menghayati Bacaan Solat" karya Ustaz Dr. Hasnan sendiri.


Bersama-sama kita meriahkan program kuliah dhuha ini. Mudah-mudahan kita dapat memperbaiki kualiti solat kita dan mudah-mudahan solat kita diterima oleh Allah SWT. Amin.

Wassalam.

Wednesday, March 16, 2011

Kuliah Perdana bulan Mac 2011


KULIAH PERDANA
Tajuk
Indahnya Islam di zaman Khulafa' Ar-Rasyidin



Penceramah
Ustaz Shauqi bin Othman

Tempat
Surau Al-'Abqori, Taman Universiti

Masa
Sabtu, 19-Mac-11, Selepas Solat Maghrib





Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan program kuliah perdana ini. Mudah-mudahan kita akan dapat manfaat dan rahmat daripada Allah SWT. Amin.

Wassalam.

Monday, March 14, 2011

Doa-doa dari Al-Quran - No.5

"Ya Tuhan kami; Ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. "

Surah Ali-Imran: Ayat 147 (3:147)

Thursday, March 10, 2011

Wednesday, March 2, 2011

Doa-doa dari Al-Quran - No.4


"Kepada Allah-lah kami bertawakal! Ya Tuhan kami; janganlah Engkau jadikan
kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan rahmat Engkau dari (tipu daya) orang-orang yang kafir."

Surah Yunus: Ayat 85-86 (10:85-86)

Saturday, February 19, 2011

Gotong-Royong Bersih Surau Lama

Assalamualaikum,

Adalah dimaklumkan bahawa program gotong-royong melupus dan membersihkan bangunan surau lama (bangunan kayu berhampiran kawasan surau Al-'Abqori) akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh : 20-Feb-11 (Ahad)
Masa : 9:00 pagi
Lokasi : Bangunan surau lama


Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amatlah dialu-alukan.

Wassalam.

Monday, February 14, 2011

Buktikan Cinta anda kepada Nabi SAW

Assalamualaikum,

Alhamdulilllah, malam ini program kuliah perdana untuk bulan Feb-11 telah berjalan dengan lancar.

Sekalung ucapan terima kasih buat Ustaz Ahmad Dasuki yang telah berkongsi ilmu dengan kita semua berkenaan Maulidur-Rasul. Perkara yang paling penting yang dapat disimpulkan dari kuliah malam ini ialah :

"Bagaimana caranya untuk kita membuktikan cinta kita kepada Rasulullah SAW?"

Berikut adalah cara2 sebagaimana yang telah disarankan oleh para ulamak:


01. Memperbanyakkan SELAWAT keatas baginda SAW.


i) Sebagaimana firman Allah SWT :  

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (Surah Al Ahzab : Ayat 56) 

ii) Berselawat sekurang-kurangnya 100 kali sehari. 

02. Melakukan sunnah Nabi SAW mengikut kemampuan kita.


i) Kita mungkin tidak terdaya untuk melaksanakan semua sunnah Rasul SAW. Walaubagaimanapun, pastikan kita tidak meninggalkan semua sunnah Rasul.

ii) Tuntutlah ilmu berkenaan dengan sunnah-sunnah Rasul dan praktikkannya dalam kehidupan seharian kita. Mulakan dengan sunnah-sunah Rasul yang mudah.
03. Berdamping dengan para alim ulamak.


Ulamak adalah pewaris nabi. Dampingilah mereka yang benar-benar ikhlas dalam ilmu mereka kerana ulamak yang benar sahaja yang mampu membawa kita ke jalan yang Allah redhai.
04. Menziarahi makam Nabi SAW.


Jika anda mempunyai kelapangan harta, kerjakanlah haji atau umrah serta ziarah lah makam Nabi SAW di Madinah.Sesungguhnya orang yang menziarahi makam Nabi dikira sebagai menziarahi Nabi.



Wassalam.

Sunday, February 13, 2011

Kuliah Khas Maulidur-Rasul 1432H


KULIAH KHAS
MAULIDUR-RASUL

Tajuk : 
Dakwah Rasul SAW 
dan Penghayatannya


Penceramah
Ustaz Luqmanul Hakim Abdul Ghani

Tempat
Surau Al-'Abqori, Taman Universiti

Masa
Isnin, 14-Feb-11, Selepas Solat Maghrib



Bersama-sama kita meriahkan program kuliah khas Maulidur-Rasul ini. Mudah-mudahan kita dipilih oleh Allah untuk sentiasa berada dalam iman dan taqwa kepada-Nya. Amin.

Wassalam.

Tuesday, February 8, 2011

Kuliah Perdana bulan Februari 2011


KULIAH PERDANA
Tajuk : Maulidur-Rasul SAW


Penceramah
Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani

Tempat
Surau Al-'Abqori, Taman Universiti

Masa
Ahad, 13-Feb-11, Selepas Solat Maghrib




Untuk makluman, kutipan DERMA akan diadakan dan tabung derma bergerak akan diedarkan ketika kuliah berlangsung. Oleh itu, marilah kita sama-sama menderma dan menyumbang untuk saham akhirat kita.

Bersama-sama kita meriahkan program kuliah perdana ini. Mudah-mudahan kita dipilih oleh Allah untuk sentiasa berada dalam iman dan taqwa kepada-Nya. Amin.

Wassalam.

Kuliah Pilihan (Minggu Ke-2, Feb-2011)


Oleh : Ustaz Shamsuri Ahmad
Tajuk : Fitnah Akhir Zaman (Bhg.1)



Wednesday, February 2, 2011

Kuliah Pilihan (Minggu Pertama, Feb-2011)


Oleh : Ustaz Azhar Idrus
Tajuk : Soal Jawab Agama




Doa-doa dari Al-Quran - No.3


"Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Surah Al-Baqarah: Ayat 128 (2:128)

Saturday, January 29, 2011

Promosi Syaamil Al-Quran 22 in 1

Assalamualaikum,

Adalah dimaklumkan bahawa Naskah Syaamil Al-Quran 22 in 1 kini boleh didapati di Surau Al-'Abqori. Anda boleh dapatkan naskah ini hanya dengan harga RM150:

** Harga Promosi : RM 150 **
harga istimewa hanya untuk warga Taman Universiti Jalan Cerdik & Desa
(harga jualan biasa: RM180)
(harga pasaran: RM250)
Isi Kandungan 22 DALAM 1



01. Terjemah Tafsiriyah Per Kata
02. Keyword (Bloking ayat sebagai pembahasan)
03. Sistem Pewarnaan Tajwid
04. Panduan Hukum Tajwid
05. Terjemah Kementrian Agama RI
06. Munasabah Ayat dan Surah
07. Tafsir Ath-Thabari
08. Tafsir Ibnu Katsir
09. Hadith Sahih
10. Doa dan Zikir
11. Kosakata
12. Asbabun-Nuzul
13. Doa Dalam Al-Qur’an
14. Khazanah Pengetahuan
15. Tanda-tanda Dalam Al-Qur’an
16. Asmaul Husna Effect
17. Indeks Tematik
18. Sirah Nabawiyah (bonus tambahan)
19. Atlas Sirah Nabawiyah (bonus tambahan)
20. Analisis Peta (bonus tambahan)
21. Dzikir Al-Ma’surat (bonus tambahan)
22. DVD metode SYABANA (bonus tambahan)


- Klik gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas -


Anda boleh melihat contoh Syaamil Al-Quran 22 in 1 ini di Surau Al-'Abqori. Hubungi En. Budia untuk melihatnya.

Untuk tempahan, sila SMS kan tempahan anda ke 012-9528179 (En. Budia).

Wassalam.

Kuliah Pilihan (Minggu ke4, Jan-2011)


Oleh : Ustaz Azhar Idrus
Tajuk : Kahwin Cepat-Cepat

Wednesday, January 26, 2011

Kuliah Dwi-Bulanan : TERBARU

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, bermula dari bulan Februari nanti, kuliah pengajian bertajuk "Sirah Nabi SAW" akan bermula. Kuliah ini akan diadakan 2 minggu sekali iaitu pada:

1) hari ahad minggu pertama     DAN
2) hari sabtu minggu ke-3

Kedua-dua slot kuliah ini akan diadakan selepas solat subuh.

Slot kuliah subuh dwi-bulanan ini akan disampaikan oleh Ustaz Hazarudin.

InsyaAllah, kuliah pertama akan bermula pada 19-Feb-11.

Marilah kita bersama-sama mendalami ilmu agama kita dan kenali Nabi kita, mudah-mudahan Allah rahmati hidup kita di dunia dan di akhirat. Amin.


Wassalam.

Sunday, January 23, 2011

Al-Quran Online (Flash format)


Assalamualaikum Semua,

Al-Quran online yang amat menarik dan boleh dimanfaatkan oleh semua umat islam. Juga boleh di download untuk kegunaan secara offline. Klik image diatas untuk terus memaparkan Quran Flash. Layari http://quranflash.com/en/index.html untuk maklumat lanjut.

Wassalam.

Saturday, January 22, 2011

Doa-doa dari Al-Quran - No.2


"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikat) nya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya termasuklah aku dikalangan orang-orang yang rugi."

Surah Hud: Ayat 47 (11:47)

Tuesday, January 18, 2011

Saifullah: Khalid Al-Walid


Assalamualaikum semua,

Kenali Panglima Islam terbilang, Khalid Al-Walid yang diberi gelaran "SAIFULLAH (Pedang Allah)" oleh baginda Rasulullah SAW. Satu siri drama hebat terbitan TV Al-Hijrah, setiap hari jam 6pm.

Drama yang boleh memberikan penghayatan terhadap perjuangan Rasulullah SAW berserta keluarga dan sekelian sahabat baginda ridhwanullahi ajmain.

Klik DI SINI untuk maklumat lanjut.

Doa-doa dari Al-Quran - No.1


"Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi (menganiaya) diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan merahmati kami, niscaya pastilah kami termasuk dikalangan orang-orang yang rugi".

Surah Al-A'raf, Ayat 23 (7:23)

Wednesday, January 12, 2011

Kuliah Perdana bulan Januari 2011


KULIAH PERDANA
Tajuk : Hijrah Rasulullah SAW


Penceramah
Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani

Tempat
Surau Al-'Abqori, Taman Universiti

Masa
Ahad, 16-Jan-11, Selepas Solat Maghrib



Untuk makluman, kutipan DERMA akan diadakan dan tabung derma bergerak akan diedarkan ketika kuliah berlangsung. Oleh itu, marilah kita sama-sama menderma dan menyumbang untuk saham akhirat kita.

Bersama-sama kita meriahkan program kuliah perdana ini. Mudah-mudahan kita dipilih oleh Allah untuk sentiasa berada dalam iman dan taqwa kepada-Nya. Amin.

Wassalam.