Mencetus Ilmu Meneraju Kebijaksanaan

Sunday, September 26, 2010

Promosi Naskah Syaamil Al-Quran 15 in 1

Assalamualaikum,

Adalah dimaklumkan bahawa Naskah Syaamil Al-Quran 15 in 1 kini boleh didapati di Surau Al-'Abqori. Anda boleh dapatkan naskah ini hanya dengan harga RM150:

** Harga Promosi : RM 150 **
(tidak termasuk kos penghantaran)




Jika anda belum pernah mengetahui tentang Syaamil Al-Quran ini, secara ringkasnya ia adalah Al-Quran versi Bahasa Melayu yang paling lengkap untuk memudahkan kita belajar dan memahami kehebatan dan keagungan Al-Quran. Satu naskah lengkap 15 dalam 1. Isi kandungannya seperti berikut:

   1. Al Qur'an Terjemah Per Kata
   2. Terjemah Jabatan Agama RI (dalam bahasa Indonesia mudah yang mirip kepada bahasa Malaysia)
   3. Tajwid Sistem Quantum Reading Qur'an
   4. Panduan Hukum Tajwid
   5. VCD Tutorial Sistem Quantum Reading Qur'an
   6. Tafsir Al Muyassar
   7. Asbabunnuzul (sebab2 turunnya ayat2 Al-Quran)
   8. Doa-doa dalam Al Qur'an
   9. Mukjizat Al Qur'an
  10. Indeks Al Qur'an Alfabetik
  11. Atlas Al Qur'an
  12. Kisah ParaNabi dalam Al Qur'an
  13. Zikir Al Ma'surat
  14. Intisari Ayat
  15. Links to Related Articles

Untuk maklumat lanjut berkenaan Syaamil Al-Quran ini, sila layari http://produkpendidikan.com/ atau  http://www.sygmacorp.com/ .

Anda boleh melihat contoh Syaamil Al-Quran ini di Surau Al-'Abqori. Hubungi En. Budia untuk melihatnya.

Untuk tempahan, hubungi AJK Surau Al-'Abqori atau SMS kan tempahan anda ke 012-9528179 (En. Budia).

Wassalam.

Saturday, September 25, 2010

Dana Ramadhan 2010

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan tahun ini kita telah berjaya mengumpul sejumlah dana yang telah membolehkan perjalanan aktiviti surau kita berjalan dengan lancar. Walaupun kita gagal untuk mencapai sasaran dana sebanyak RM20,000, namun aktiviti2 yang dirancangkan sempena bulan Ramadhan 2010 ini telah dapat dijalankan dengan jayanya. Maklumat kutipan dana adalah seperti berikut:

Sasaran Dana : RM 20,000
Jumlah Kutipan : RM 12,755.94
Jumlah Perbelanjaan : RM 12,097.90
Baki Terakhir :  RM 658.04

Pihak surau amat mengalu-alukan tuan2 & puan2 untuk terus memberikan sumbangan kepada surau kita (walaupun bulan Ramadhan dah berakhir) dan sumbangan tuan2 & puan2 akan kami gunakan untuk memastikan aktiviti2 surau terutamanya program kuliah bulanan boleh diteruskan.
Salurkan sumbangan tuan2 dan puan2 secara Online Transfer ke:

Bank : Bank Islam Malaysia
Penama : Surau Al-Abqori
No akaun : 14041010076502

Mudah2ah sumbangan tuan2 dan puan2 mendapat ganjaran yang sebaiknya daripada Allah SWT. Amin.

Wassalam.

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum,

Setelah hampir sebulan kita berpuasa, kini sudah tiba untuk Ramadhan meninggalkan kita. Pada waktu ini pasti sudah ramai diantara kita penduduk Taman Universiti Jalan Cerdik & Jalan Desa yang telah pun pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta.

Dengan itu, AJK Surau Al-'Abqori ingin mengucapkan:



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

KEPADA SEMUA WARGA
TAMAN UNIVERSITI,
JALAN CERDIK & JALAN DESA

- Maaf Zahir & Batin -





Semoga selamat dalam perjalanan pulang ke kampung dan semoga berbahagia di Aidilfitri.

Kami doakan agar tuan-tuan dan puan semuanya agar sentiasa berada dalam rahmat Allah selalu hendaknya. Amin.

Wassalam.

Friday, September 3, 2010

Majlis Khatam Al-Quran 2010 - TAHNIAH

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, malam ini Majlis Khatam Al-Quran di Surau Al-'Abqori telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua warga Taman Universiti, Jalan Cerdik & Jalan Desa yang telah hadir untuk memeriahkan majlis ini.


Majlis berlangsung dengan lancar dengan majlis dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Asmadi dan Imam Tahfiz jemputan, Al-Fadhil Ustaz Tuan Badrulhisham.


Majlis dimulakan dengan taklimat tentang kaifiat majlis khatam Al-Quran yang dilakukan oleh Rasulullah SAW oleh Ustaz Ahmad Asmadi dan kemudian diikuti dengan bacaan Al-Quran beramai-ramai, bacaan doa khatam Al-Quran oleh UstazTuan Badrulhisham. Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian saguhati/cenderamata kepada peserta-peserta Tadarrus Al-Quran mengikut kategori:

1. Kategori Tadarrus Remaja dan Kanak-Kanak
2. Kategori Tadarrus Lelaki Dewasa (Muslimin)
3. Kategori Tadarrus Wanita Dewasa (Muslimat)



Saguhati turut disampaikan kepada kepada Tuan Siak Surau Al-Abqori, En. Mat Zaki bin Ismail atas sumbangan beliau menguruskan moreh sepanjang bulan Ramadhan ini.

Saguhati khas disampaikan kepada Ustaz Ahmad Asmadi yang merangkap penasihat Surau Al-'Abqori atas jasa dan sumbangan beliau dalam memberikan nasihat dan idea-idea bernas dalam memantapkan aktiviti-aktiviti surau.

Terima kasih yang tak terhingga juga kepada para ibu bapa yang memberi sokongan kepada anak-anak untuk turut serta dalam program Tadarrus Remaja dan Kanak-Kanak. Senarai anak-anak yang telah turut serta adalah seperti berikut:

01. Adik Rafiqi bin Rushdan
02. Adik Aiman Hakim bin Zulkifli
03. Adik Wan Muhammad Akasyah bin Wan Izdihar
04. Adik Nurnazura binti Jais
05. Adik Irfan Naim bin Sahalani
06. Adik Ahmad Irfan Afiq bin Sahalani
07. Adik Muhammad Muqri bin Rushdan
08. Adik Muhammad Najib bin Zulkifli
09. Adik Muhammad Siddiq Nadzmi bin Mohd Yazid
10. Adik Danial Haziq bin Mohd Shaki
11. Adik Aina Sofea bin Mohd Shaki
12. Adik Yasmin Ulfah binti Mohd Shaki

TAHNIAH diucapkan kepada adik-adik yang hebat ini.


Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kaum ibu yang telah menyumbang bunga telur sebagai saguhati kepada semua peserta tadarrus.

Semoga program seperti ini menjadi pemangkin untuk menaikkan semangat remaja dan kanak-kanak taman kita untuk mempelajari dan mendalami ilmu Al-Quran.

Mudah-mudahan program ini akan dapat kita teruskan dan mudah-mudahan segala usaha kita yang murni ini akan mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya daripada Allah SWT. Amin.



Wassalam.

Thursday, September 2, 2010

Majlis Khatam Al-Quran




MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Adalah dimaklukan bahawa majlis khatam Al-Quran sempena bulan Ramadhan tahun 1431H akan diadakan seperti berikut:

Tempat
Surau Al-'Abqori, Taman Universiti

Masa
Khamis, 02-Sep-10, Selepas Solat Terawih

 Peserta
Kumpulan Tadarus (Muslimin)
Kumpulan Tadarus (Muslimat)
Kumpulan Tadarus (Remaja/Kanak2)

Majlis ini akan di ketuai oleh
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Asmadi bin Sakat.

***********************************************

Marilah bersama-sama kita turut serta dalam majlis ini. Semoga amal kebajikan kita ini akan dikira oleh Allah SWT sebagai satu ibadah dalam kita mengejar malam Lailatul-Qadar.

Wassalam.