Mencetus Ilmu Meneraju Kebijaksanaan

Friday, November 12, 2010

Kuliah Dwi-Bulanan Ustaz Basir

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari Rabu lepas telah bermula kuliah maghrib dwi-bulanan oleh Ustaz Basir di surau kita.Kuliah dwi-bulanan ini akan diadakan setiap hari Rabu minggu ke-2 & 4 setiap bulan. Kuliah bertajuk "Fiqh Daulah" yang mana kitab yang digunakan ialah kitab:


Fiqh Daulah Menurut Perspektif Islam

karangan : Dr. Yusuf Al-Qardhawi





Marilah bersama-sama kita join kuliah ini. Mudah-mudahan Allah jadikan kita dikalangan hambanya yang berilmu & cintakan ilmu.

Wassalam.

Kuliah bulan Nov-2010 : Minggu ke-2

Assalamu'alaikum,

InsyaAllah kuliah-kuliah pengajian kita pada minggu ini adalah seperti berikut:

 SABTU, 13-Nov-2010
      1. Kuliah Subuh : oleh Ustaz Khairul
      2. Kuliah Maghrib (Sabtu, 13/11/10) : oleh Ustaz Riduan M Nor

 AHAD, 13-Nov-2010
      1. Kuliah Subuh : oleh Ustaz Hasnan
      2. Kuliah Maghrib : oleh Ustaz Dr. Arif Kasmo


Mari lah sama-sama kita mengimarahkan surau kita dengan menghadiri kuliah2 tersebut.

Wassalam.

Ceramah Perdana Bulan November 2010


CERAMAH PERDANA
[ TAJUK : PALESTIN ]


Penceramah
Ustaz Riduan b Mohd Nor

Tempat
Surau Al-'Abqori, Taman Universiti

Masa
Sabtu, 13-Nov-10, Selepas Solat Maghrib


Marilah bersama-sama kita meriahkan program ceramah ini. Mudah-mudahan kita dipilih oleh Allah untuk sentiasa berada dalam iman dan taqwa kepada-Nya. Amin.

Wassalam.

Monday, November 1, 2010

Al-Quran 15 in 1: Penjualan Berakhir

Assalamualaikum,

Untuk makluman semua, penjualan Syaamil Al-Quran 15 in 1 kini telah berakhir. Semua stok sudah tiada dan pengeluaran Al-Quran ini juga telah dihentikan oleh pihak Sygmacorp kerana mereka akan mula mencetak Al-Quran 22 in 1 tidak lama lagi.

Al-Quran 22 in 1 ini jangka akan berada di pasaran dalam 2 atau 3 bulan lagi. Maklumat terperinci mengenai Al-Quran 22 in 1 akan di beritahu kelak, insyaAllah.

Harap Maklum.

Wassalam.