Oleh : Ustaz Shamsuri Ahmad
Tajuk : Fitnah Akhir Zaman (Bhg.3)
| Tarikh | : | 20-Feb-11 (Ahad) |
| Masa | : | 9:00 pagi |
| Lokasi | : | Bangunan surau lama |
| 01. | Memperbanyakkan SELAWAT keatas baginda SAW. |
i) Sebagaimana firman Allah SWT : "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (Surah Al Ahzab : Ayat 56) ii) Berselawat sekurang-kurangnya 100 kali sehari. | |
| 02. | Melakukan sunnah Nabi SAW mengikut kemampuan kita. |
i) Kita mungkin tidak terdaya untuk melaksanakan semua sunnah Rasul SAW. Walaubagaimanapun, pastikan kita tidak meninggalkan semua sunnah Rasul. ii) Tuntutlah ilmu berkenaan dengan sunnah-sunnah Rasul dan praktikkannya dalam kehidupan seharian kita. Mulakan dengan sunnah-sunah Rasul yang mudah. | |
| 03. | Berdamping dengan para alim ulamak. |
Ulamak adalah pewaris nabi. Dampingilah mereka yang benar-benar ikhlas dalam ilmu mereka kerana ulamak yang benar sahaja yang mampu membawa kita ke jalan yang Allah redhai. | |
| 04. | Menziarahi makam Nabi SAW. |
Jika anda mempunyai kelapangan harta, kerjakanlah haji atau umrah serta ziarah lah makam Nabi SAW di Madinah.Sesungguhnya orang yang menziarahi makam Nabi dikira sebagai menziarahi Nabi. |