Mencetus Ilmu Meneraju Kebijaksanaan

Thursday, October 28, 2010

Kuliah Bagi Minggu ke-5 bulan Oktober 2010

Assalamu'alaikum,

InsyaAllah kuliah-kuliah pengajian kita pada minggu ini adalah seperti berikut:

1. Kuliah Subuh (Sabtu, 30/10/10) : oleh Ustaz Arif
2. Kuliah Maghrib (Sabtu, 30/10/10) : oleh Ustaz Abdul Rahman

Mari lah sama-sama kita mengimarahkan surau kita dengan menghadiri kuliah2 tersebut.

Wassalam.

Monday, October 18, 2010

Kuliah Agama Bermula Kembali

Assalamu'alaikum,

Setelah sekian lama surau kita agak sunyi tanpa kuliah sama ada kuliah subuh atau maghrib, Alhamdulillah, bermula pada hujung minggu ini kuliah-kuliah pengajian kita akan bermula kembali seperti berikut:

1. Kuliah Subuh (Sabtu, 23/10/10) : oleh Ustaz Hasnan
2. Kuliah Maghrib (Sabtu, 23/10/10) : oleh Ustaz Abdul Rahman
3. Kuliah Subuh (Ahad, 24/10/10) : oleh Ustaz Basir

Mari lah sama-sama kita mengimarahkan surau kita dengan menghadiri kuliah2 tersebut.

Wassalam.

Sunday, September 26, 2010

Promosi Naskah Syaamil Al-Quran 15 in 1

Assalamualaikum,

Adalah dimaklumkan bahawa Naskah Syaamil Al-Quran 15 in 1 kini boleh didapati di Surau Al-'Abqori. Anda boleh dapatkan naskah ini hanya dengan harga RM150:

** Harga Promosi : RM 150 **
(tidak termasuk kos penghantaran)




Jika anda belum pernah mengetahui tentang Syaamil Al-Quran ini, secara ringkasnya ia adalah Al-Quran versi Bahasa Melayu yang paling lengkap untuk memudahkan kita belajar dan memahami kehebatan dan keagungan Al-Quran. Satu naskah lengkap 15 dalam 1. Isi kandungannya seperti berikut:

   1. Al Qur'an Terjemah Per Kata
   2. Terjemah Jabatan Agama RI (dalam bahasa Indonesia mudah yang mirip kepada bahasa Malaysia)
   3. Tajwid Sistem Quantum Reading Qur'an
   4. Panduan Hukum Tajwid
   5. VCD Tutorial Sistem Quantum Reading Qur'an
   6. Tafsir Al Muyassar
   7. Asbabunnuzul (sebab2 turunnya ayat2 Al-Quran)
   8. Doa-doa dalam Al Qur'an
   9. Mukjizat Al Qur'an
  10. Indeks Al Qur'an Alfabetik
  11. Atlas Al Qur'an
  12. Kisah ParaNabi dalam Al Qur'an
  13. Zikir Al Ma'surat
  14. Intisari Ayat
  15. Links to Related Articles

Untuk maklumat lanjut berkenaan Syaamil Al-Quran ini, sila layari http://produkpendidikan.com/ atau  http://www.sygmacorp.com/ .

Anda boleh melihat contoh Syaamil Al-Quran ini di Surau Al-'Abqori. Hubungi En. Budia untuk melihatnya.

Untuk tempahan, hubungi AJK Surau Al-'Abqori atau SMS kan tempahan anda ke 012-9528179 (En. Budia).

Wassalam.

Saturday, September 25, 2010

Dana Ramadhan 2010

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan tahun ini kita telah berjaya mengumpul sejumlah dana yang telah membolehkan perjalanan aktiviti surau kita berjalan dengan lancar. Walaupun kita gagal untuk mencapai sasaran dana sebanyak RM20,000, namun aktiviti2 yang dirancangkan sempena bulan Ramadhan 2010 ini telah dapat dijalankan dengan jayanya. Maklumat kutipan dana adalah seperti berikut:

Sasaran Dana : RM 20,000
Jumlah Kutipan : RM 12,755.94
Jumlah Perbelanjaan : RM 12,097.90
Baki Terakhir :  RM 658.04

Pihak surau amat mengalu-alukan tuan2 & puan2 untuk terus memberikan sumbangan kepada surau kita (walaupun bulan Ramadhan dah berakhir) dan sumbangan tuan2 & puan2 akan kami gunakan untuk memastikan aktiviti2 surau terutamanya program kuliah bulanan boleh diteruskan.
Salurkan sumbangan tuan2 dan puan2 secara Online Transfer ke:

Bank : Bank Islam Malaysia
Penama : Surau Al-Abqori
No akaun : 14041010076502

Mudah2ah sumbangan tuan2 dan puan2 mendapat ganjaran yang sebaiknya daripada Allah SWT. Amin.

Wassalam.

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum,

Setelah hampir sebulan kita berpuasa, kini sudah tiba untuk Ramadhan meninggalkan kita. Pada waktu ini pasti sudah ramai diantara kita penduduk Taman Universiti Jalan Cerdik & Jalan Desa yang telah pun pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta.

Dengan itu, AJK Surau Al-'Abqori ingin mengucapkan:



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

KEPADA SEMUA WARGA
TAMAN UNIVERSITI,
JALAN CERDIK & JALAN DESA

- Maaf Zahir & Batin -





Semoga selamat dalam perjalanan pulang ke kampung dan semoga berbahagia di Aidilfitri.

Kami doakan agar tuan-tuan dan puan semuanya agar sentiasa berada dalam rahmat Allah selalu hendaknya. Amin.

Wassalam.